Search This Blog

Friday 4 November 2016

MEMBINA BORANG SOAL SELIDIK


Tujuan
1. Mencari maklumat SIAPA Responden kajian anda  seperti ciri ciri sosiodemografi 
2 Maklumat apa yang nak di cari
3. APA yang nak di ukur seperti Pengetahuan, Sikap dan Praktis
4. Rekabentuk borang soal selidik seperti terbuka, tertutup, berskala, fakta
5. Borang soal selidik Eksperimental 
6. Pengurusan sistem borang soal selidik seperti kodding dan sistem pengkalan data
7. Guna soalan atau ayat yang mudah difahami, jelas dan fokus
8. dapatkan validasi daripada pakar dalam kajian tersebut
9. Buat pilot study seramai 10% daripada sampel atau 30 sampel untuk menguji  kefahaman responden menjawab soal selidik
10. Test Reliability, Cronbach Alpha yang baik > 0.7
11. Buang mana mana item yang rendah Cronbach Alpha
12. Anda boleh lakukan kajian sebenar selepas mendapat hasil reliability yang baik



CIRI CIRI BORANG SELIDIK YANG BAIK
1. Fokus kepada objektif kajian anda
2. gunakan ayat yang mudah difahami sesuai dengan kumpulan sasaran
3. Guna FONT yang sesuai dengan penglihatan mata responden, Dalam 12
4. Pergerakan soalan soal selidik yang mudah diikuti
5. Kurangkan soalan terbuka... kerana responden perlukan masa lama untuk berfikir
6. Mulakan dengan soalan yang mengukur masalah utama kajian..
7. jangan terlalu banyak soalan.. nanti responden bosan dan berhenti di tengah jalan
8. sebaiknya lakukan secara Face to face
9. Gunakan format/gaya borang selidik yang mudah ditandakan oleh responden sebaiknya letak nombor..

SKALA LIKERT

1. Biasanya digunakan untuk mengukur persepsi
2. Skala minumum 3 dan maksimum adalah 10
3. Skala minimum 3 hingga 5 biasanya akan menghasilkan data yang tidak normal. Ia tidak sesuai untuk Analisis SEM (Structural Equation Model) AMOS.
4. Jika guna skala yang besar 7 hingga 10, keberangkalian besar anda boleh mendapat data yang bertabur secara normal.
5. Pastikan anda tahu mana soalan yang positif dan soalan negetif.
6. Soalan negetif anda kena reverse kepada soalan positif.
7. Daripada skala likert anda boleh membuat domaian dan skor yang baru.
8. Kena buat reliability test , Cronbach alpha> 0.7


SOALAN FAKTA YANG BETUL dan SALAH

1. untuk mengukur tahap pengetahuan tentang sesuatu perkara
2. Biasanya ada tiga kenyataan, 1 = Benar, 2= Tidak/Salah dan 3= Tidak tahu/
3. bagi setiap jawapan yang betul akan diberikan 1 markah dan yang salah dan tidak tahu 0 markah.
4. Markah penuh di kira berdasarkan berapa markah yang betul diperolehi.
5. perlukan validation soalan ini daripada pakar dalam bidang tersebut
6. Tidak perlu lakukan Reliability test.


No comments:

Post a Comment