PERSEDIAAN SEBELUM
MEMULAKAN PENYELIDIKAN
1. Kenalpasti kekuatan diri
2. Apa yang nak dikaji
3.Di mana lokasi/area yang nak dilakukan
4.Bila nak bermula dan berakhir
5. Kenapa penting sangat nak dikaji
6.Bagaimana nak lakukan - metodologi
7. Bagaimana nak analisis data
8. Apa persoalan kajian, reseach gap
9. Apakah hipotesis kajian, dan signifikan hasil kajian
Anda kena kenalpasti kekuatan yang ada dalam diri anda.. kemahiran ini lahir daripada proses pembelajaran, pengalaman dan interaksi secara rasmi dan tidak rasmi.
Kekuatan utama adakah anda minat membaca jurnal, boleh berfikir secara kreatif, boleh menguasai IT, tahu menggunakan perisian kumputer MSOFFICE dan kemahiran mencari dan mengumpul maklumat tentang kajian anda. Mesti tahu menulis menggunakan ayat yang mudah, ringkas dan sampai matlamat kajian...
Menjadi penyelidik memerlukan pengorbanan untuk berjaya.. mengumpul kekuatan yang ada dalam diri, memerlukan sokongan pasangan dan keluarga, wang ringgit dan masa.... Pada peringkat awal anda kena membuat proposal... cadangan kajian yang sesuai dengan peringkat pengajian, Diploma, Degree, Master dan phd..PALING PENTING siapa supervisoar anda.. pastikan ia mempunyai pengalaman melakukan penyelidikan sekurang-kurangnya peringkat MASTER.. barulah anda boleh mendfapat panduan menjalan penyelidikan yang baik... MASTER dalam melakukan penyelidikannya sendiri.
PENGORBANAN
1. MASA- banyak masa dihabiskan dengan membuat proposal, ada yang sampai 2 semester dan lebih. Sebaiknya cuba habiskan dalam masa yang ditetapkan... 1 semester
2. WANG RINGGIT - Cuba dapatkan penyelidikan yang ada geran Universiti daripada pensyarah anda. Ini memudahkan anda merancang penyelidikan dengan BUDGET yang ada.
3.LOGISTIK - pilih lokasi kajian yang mudah mengikut pada kemampuan anda seperti kemudahan asas, kenderaan anda, tempat tinggal dan responden kajian anda.
4. komunikasi - anda kena mendapatkan kelulusan dan kebenaran melakukan kajian daripada peringkat jabatan, Fakulti, Etika penyelidikan dan agensi yang berkaitan dengan kajian anda. Kenalah buat surat kebenaran dan kelulusan melakukan kepada pihak yang berkenaan.
No comments:
Post a Comment